Friday, January 22, 2016

Cara Booking Hotel Online & Cari Pakej Murah ke USS

Pasport dah settle, sekarang urusan booking hotel pula. Zaman sekarang ni semua dah mudah je sebenarnya. Ada banyak website untuk booking hotel. Antara yang famous ada Agoda, Trivago and Booking.com ni. Tapi nak booking dari Agoda and Trivago kena bagi details kad bank kita. Kad kredit or kad debit centu lah. Biasanya kad kredit. Jadi macam leceh sikit.

Urusan booking hotel dipegang oleh Anode. Dialah yang cari, booking, bayar deposit, check-in, check-out, minta password wifi hotel, minta iron dengan ironboard hotel. Hahaha, pendek kata semua urusan pasal hotel ni kerja Anode la. Terbaik betul Anode ni.

Jadi, Anode booking hotel dari booking.com. Dia cari yang paaaaaling murah dekat area Johor Bahru. Dengan guna booking.com ni, serius senang and serius murah. Bayangkan la kitorang dapat 2 bilik hotel, RM240 untuk 2 malam. Paling murah tu. Cara booking hotel di booking.com :-

  1. Pergi ke website booking.com dan cari lokasi area mana hotel yang korang nak stay, pilih tarikh check-in dan check-out, pilih bilangan orang yang nak stay dekat hotel tu.
  2. Pilih hotel mana, pilih bilik mana, isikan details, paling penting email tu kena betul. Everything will be send via email tau. Zaman dah maju kan sekarang.
  3. Nanti korang dah dapat semua details booking dalam email. Ingat beberapa info ni :-
    • Booking fees. Biasa kalau kita booking hotel, booking tu sendiri ada charge belum campur dengan room charge lagi apa semua. Dekat booking.com ni kebanyakan hotel free booking fees. Kena pandai cari lah. Memang senang sangat sangat la.
    • Cancellation fees. Ada hotel yang charge, ada yang tak. Fees ni dikenakan bila kita cancel booking kita tu. Dekat booking.com ni kebanyakan hotel bagi free cancellation untuk certain time. Jadi senang untuk kita kalau nak cancel booking.
    • Bila nak bayar? Hotel yang kitorang stay tu, bayar masa check-in tu. Takde urusan kad bank ke apa pun. Bayar cash. Deposit RM20 je. Deposit tu masa check-out dia pulang balik.
    • Confirmation. Beberapa hari sebelum tarikh korang check-in, pihak hotel akan directly call korang confirmkan booking. Lepas dapat call tu, maka confirm dan yakinlah bahawa bilik hotel tu memang sah untuk korang.
  4. Print details booking dalam email tu dan bawa ke kaunter reception hotel untuk check-in. Bayar duit, dapat kunci dan dah boleh tidur kuak lentang atas katil hotel.
Aku rasa macam senang gila booking.com ni. Very reccomended okay. Hotel kitorag dapat tu murah and selesa juga lah. Takdelah cikai sangat, Kenalah dengan harga. Untuk 2 malam kitorang di Johor Bahru, kitorang stay kat Culture City Inn yang kaunter reception dia terletak di Oriental City Inn seberang jalan. Macam pelik, tapi takpe lah, Tetap selesa dan ok ok je. Hahaha.

------------------------------------------

Persediaan lain ialah, pakej ke Universal Studio Singapore (USS). Kitorang berlima drive dari Serdang-Melaka ke Johor Bahru. Jadi nak ke USS dari Johor Bahru laa kan. Hal pakej ni, aku yang cari kan. Tapi Anode yang deal dengan orang tu. Hahaha berkerjasama gitewww.

Sebelum ni, 2 tahun lepas aku pernah pergi USS juga dengan family. Time tu Along yang carikan pakej USS. Jadi, aku sebenarnya tak carikan pun la. Aku reccommend pakej dari orang yang sama juga lah sebab yang sebelum ni aku rasa berpuas hati juga dengan pakej tu. Hahahaha.


Haaa, click link FB Page pakej ni. Memang memuaskan juga lah. Dah 2 kali, berurusan dengan Encik Hilmi ni, orangnya bagus uruskan semua. Kipidap. Harga pakej biasa yang kitorang ambil ni berharga RM225 seorang termasuk deposit yang kena bayar awal sebanyak RM30 seorang. Kenalah cari pakej murah kan, kata on strict budget. Hehehe. Pakej termasuk bas pergi-balik dari Tune Hotel, Johor Bahru ke USS, $5 souvenier voucher untuk pembelian $35 ke atas dan $5 meal voucher. Tapi masa kitorang pergi haritu, Encik Hilmi jual $5 meal voucher yang bersamaan dengan RM15+ dengan harga RM10 je. Jimat sangat banyak di situ. Jadi, belilah sekeping dua buat tambah voucher nak makan dalam USS tu.

Snipping tool dari FB Page tu. Ini lah ahli rombongan tak seberapa cik kiah aku. Tengok caption Encik Hilmi tulis macam comel je title "kawan sekampung" tu. Hikshiks. 

Kesimpulannya, pakej dari Encik Hilmi ni sangat reccommended juga. Tapi kena bear in mind juga ye yang harga pakej berubah ikut masa la. Macam aku 2 tahun lepas pegi USS dengan family, pakej tu lebih kurang RM160-RM180 macam tu laa. Makin lama makin mahal laa tengok currency duit camne kan. 

Sekian dah selesai urusan hotel dan pakej murah ke USS. Entri seterusnya, tips ke USS. Dari tips jimat hingga ke tips penjagaan diri. Luls. See you next entry! :)

Azam 2016 masih stabil, hehehehe.

2 comments:

Farrah Wahida said...

Terima kasih,berguna sangat! Walaupun ramai je yang pergi trip mcmni,tapi usaha awak untuk post di blog untuk kemudahan orang lain adalah sangat baik! 😊😊👍🏻

O Transport Service said...

Transport Untuk 1 Day Singapore City Tour.

Harga Mampu Milik 2017.

Small Mpv:Rm 600
Big Mpv:Rm 800

Harga Termasuk:
Driver,Minyak Dan Tol.

Tempat Dilawati:
-Bugis St
-Arab St
-Orchard Rd
-Merlion Park
-Marina Bay Sand
-Garden By The Bay

+60177317758
www.singaporecitytour.com.my