Monday, January 4, 2016

#AIAxVacation Story

Berbekalkan azam tahun baru aku yang telah diperkatakan sebelum ini (RUJUK SINI), aku dapat idea sebenarnya masa 3 hari terakhir tahun 2015. Ketika asyik berlibur bersama teman teman, tetiba terfikir best jugak kalau dapat cerita kat orang pengalaman kita macam aku selalu buat dulu dulu walaupun entah apa apa je. Hahahaha.

Sebab kadang-kadang kita lebih suka Google pengalaman orang je kan? Jadi aku pun bajet bajet lah nak buat entri pengalaman aku travel sendiri dengan kawan kawan. Tapi tu nanti dulu. Panjang cerita dia tu. Kena draft dulu supaya nampak tersusun dia. Bukan main kan? Padahal kau dulu blogging tak tentu hala takde draft draft takde susun pebende semua terabur. Blogging dari zaman sekolah. Hahaha. NOOB!

Okay, so let's focus on the title. Pengalaman cuti aku bersama kawan kawan ini telah direalisasikan oleh aku bersama 2 lagi partners in crime sejak sekolah. Kalau korang follow aku dari tingkatan 1, korang kenal laa kot 2 budak gila ni, Aida and Anode. Tapi aku rasa macam takde je orang yang follow aku dari tingkatan 1. Hahahaha.

Nah, aku belanja sikit gambar kitorang bertiga masa zaman kegemilangan sekolah dulu. Ini masa tingkatan 2 kalau tak salah aku. Dulu bukan main suka lepak tasik Sri Serdang tu lepas habis kelas tambahan. Ingatkan takde masa depan, ada gak masa depan masing masing. Hahahaha.

Haaaa, ini zaman sekarang. Reunited laa gitu bila masing masing ada masa free sikit. Aku dari Melaka yang biasanya kena datang Serdang balik naik bas sebab dedua ni still stay Serdang. Aku je yang bawa diri. Nanti Aida drive bawa kitorang dua lepak la mana-mana. Dulu tu berlecak ketiak tunggu bas RapidKL yang tak berapa rapid tu. Dah boleh la search history blog ni tengok macam mana aku punya menyirap tunggu bas tu dulu. Hahaha. Ok sekian, minor throwback.

Taktau laa kenapa aku elok je selalu reunited balik dengan diorang berdua ni. Dah berjauhan since tingkatan 4 lepas diorang tinggalkan aku sorang-sorang kat sekolah harian pastu diorang masuk asrama. Cis betul. Tapi berlalunya masa membawa kami kembali bersama-sama untuk plan yang last minute, plan yang kadang-kadang ntah pape tapi tetap jadi jugak.

Jadi dari situ lah datangnya hashtag itu. Zaman-zaman laman sosial semakin up ni, hashtag tu mesti kan? Hahahaha. AIA tu gabungan initial nama kitorang. Aida, Imah, Anode. Vacation tu guna untuk vacation lebih sehari. Lepasni aku rasa boleh buat #AIAxGetAway untuk sesi jalan jalan kitorang. Bukan main kan? Alaa, layankan jela.

#AIAxVacation yang pertama sekali terjadi ialah ke USS Singapore. Itulah yang akan diceritakan nanti. Pengalaman pertama travel sendiri dengan kawan-kawan. Sebelum tu mungkin akan ada entri guideline untuk planning last minute macam kitorang ni. Hahahaha. Macam mana nak buat group passport, macam mana nak booking hotel, macam mana nak cari pakej semua. Nantikan lah ye.

Semangat membara nak taip semua entri ni. Mkbai.

No comments: