Saturday, February 10, 2018

#AIAxVacation Story v2.0

Hye everybody. Minggu lepas, betul betul lepas aku excited update blog pasal habis FYP aku telah bersiap-siaga untuk misi #AIAxVacation ke Sabah. Ingat tak #AIAxVacation? Kalau tak ingat, boleh rujuk SINI. Hehehe. Kali ni version 2.0. Version kena naik flight lepastu nervous bag terlebih berat since Air Asia ada syarat limit beg 7kg untuk bawak naik kabin. Cerita pasal flight ni pun dah boleh jadi satu entri nanti. Nanti aku buat la kot kalau rajin. Hahaha.

Trip kali ni macam besar-besaran sikit sebab kena booking tiket flight bagai kan. Jadi takdelah istilah plan last minute tu. Last minute masa beli tiket flight je. Haha nasib baik ngam-ngam dapat beli masa offer. Walaupun tak masyukk sangat diskaun tapi boleh la consider murah.

Puas plan masa free masing-masing. Diorang yang lain dah kerja, minta cuti jelah. Aku ni, risau nak mampus tunggu FYP settle. Nasib baik lagi terpilih tarikh yang ngam-ngam aku habis FYP. Hahaha, satu pencapaian cemerlang di situ. Walaupun memula risau teruk sebab masalah report yang nak kena betulkan tu (RUJUK SINI), segalanya berjalan lancar. Yeahh!

So, trip kali ni lama wei. Tu yang aku kata besar-besaran jugak. Total 5 hari 4 malam di Sabah. 2 malam spend in Kundasang and 2 malam spend in Kota Kinabalu. Aku akan share dalam 2-3 entri kot tengok la kesesuaian.

Sepanjang trip kali ni, aku selalu termenung sekejap. Cepat jugak masa berlalu. Kitorang kenal daripada zaman hingusan tudung sekolah kedepan lepak McD Taman Sri Serdang lepas sekolah tetiba dah 10 tahun berlalu. Sorang dah nak kahwin hujung tahun ni. Seriously unbelievable. Aku banyak kali nak termenangis masa trip sebab kenangkan betapa pantas masa berlalu bila kitorang pun dah start sembang hal-hal orang dewasa.

Kau bayangkanlah, dulu lepak cerita hal budak sekolah je. Tak suka budak kelas ni, kagum tengok geng pandai ni, cerita pasal couple budak sekolah yang lain. Kali ni, cerita hal kahwin, family, responsible kerja masing-masing. Sungguh mendewasakan.

Tapi macam mana pun, tetap bangang lagi setiap kali nak amik gambar. Hahahaha. Korang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati aku tau. Terima kasih untuk semuanya. I love you all soooooo much.

Insya-Allah 2-3 tahun lagi trip triple date okay? Kalau nak kahwin tu, jemput awal-awal. Aku janji dengan diri aku, wedding korang dua aku wajib datang! Kalau tak datang, nanti aku nangis kalau wedding aku yang entah bila tu korang tak datang. Hahahaha.

Entri sharing experience nanti aku update kalau free. Hehehe.